Pergi ke kandungan

Caesar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kaisar (Jawi: قيصر[1] serapan Arab: قَيْصَر)[2] gelaran yang digunakan banyak takhta maharaja seberapa kerajaan dunia zaman-berzaman. Ia mula-mula dari nama Caesar (disebut [ˈkaːjzar]) iaitu gelaran (cognomen) gunaan Gaius Julius, seorang bangsawan yang mengambil alih Republik Rom sebagai seorang "pengarah abadi" (dictator perpetuo) pada tahun 44 Sebelum Masihi; beliau mendapat nama Caesar ini sebagai cicit keturunan Sextus Julius Caesar, seorang pegawai.[3] Gelaran Caesar sebagai pangkat untuk seseorang penguasa bertahan sampai ke empayar Byzantium terserap dalam bahasa Yunani (Καῖσαρ Kaisar) gunaan kerajaan ini mula-mula untuk pewaris takhta Maharajanya sebelum beralih kepada putera kedua dan ketiga sejak zaman Theodosios I sambil digantikan gelaran raja muda ini dengan Αὔγουστος aúgoustos[4][5] yang setaraf "raja se-takhta".[6][7]

Gelaran Καῖσαρ Kaisar ini dikenali warga Parsi Sasaniyah di tanah Iran (Parsi: قیصر روم, rumi: Qaysar-i Rum[nota 1])[8][9] dan orang Arab serata Timur Tengah menerus kepada kerajaan-kerajaan Islam yang akhirnya memuncak dengan penaklukan kota Kustantiniyah dari tangan Byzantium oleh balatentera Sultan Muhammad al-Fatih yang mengekalkan gelaran ini (dalam bahasa Turki Uthmaniyah: قيصر Kayser); dari titik inilah gelaran ini terserap ke dalam persuratan bahasa Melayu melalui pengaruh dunia Islam.

  1. "Rum" di sini merujuk kepada kerajaan Byzantium pecahan empayar Rumawi ini
  1. "kaisar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.[halaman diperlukan]
  2. Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 297. ISBN 967-65-7321-3.
  3. Smith, William (1870). "1. Sex. Julius Caesar". Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology. 1. Little, Brown and Company. m/s. 537.
  4. White, L. Michael (2005). From Jesus to Christianity: How Four Generations of Visionaries & Storytellers Created the New Testament and Christian Faith. San Francisco: HarperCollins. m/s. 44. ISBN 978-0060816100.
  5. Strothmann, Meret (2006). "Augustus [2]". Brill's New Pauly (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-15.
  6. Bury 1911, m/s. 36.
  7. ODB, "Caesar" (A. Kazhdan), p. 363.
  8. Bahasa Pahlawi: 𐭪𐭩𐭮𐭫𐭩 kysly (berbatusurat), kysl (bertulis), dibaca as kēsar
  9. Hurbanič, Martin (2019). The Avar Siege of Constantinople in 626: History and Legend. Springer. m/s. 234. ISBN 978-3-030-16684-7.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • Bury, J. B. (1911). The Imperial Administrative System of the Ninth Century – With a Revised Text of the Kletorologion of Philotheos. London: Oxford University Press. OCLC 1046639111.