Pergi ke kandungan

Android 16

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Android 16
Versi sistem pengendalian Android
Image
Image
Paparan rumah Android 16 menggunakan Pixel Launcher
Maklumat umum
Jenis sistemAndroid (mul) Terjemah dan versi perisian Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemAndroid
PembangunGoogle
Model sumberPerisian sumber terbuka[1]
Ketersediaan am10 Jun 2025; 12 bulan yang lalu (2025-06-10)
Keluaran terkini16.0.0_r4 (BP4A.251205.006)[2] / 2 Disember 2025; 7 bulan yang lalu (2025-12-02)
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Didahului olehAndroid 15
Diganti olehAndroid 17
Ciri teknikal
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
Jenis intiMonolithic (Linux)
Pautan berkaitan
Tapak webandroid.com/16
Status sokongan
Disokong
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Android 16 ialah keluaran utama keenam belas dan versi ke-23 bagi Android, iaitu sistem pengendalian mudah alih yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance dengan diterajui oleh Google. Pratonton pembangun (developer preview) pertama telah dikeluarkan pada 19 November 2024.[3] Beta pertama dikeluarkan pada 23 Januari 2025.[4] Google telah mengeluarkan versi muktamad (final version) bagi sistem pengendalian ini pada 10 Jun 2025.[5]

Setakat Mac 2026, sebanyak 21.61% peranti Android telah menjalankan Android 16, sekali gus menjadikannya versi Android yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.[6]

Image
Logo Pratonton Pembangun (Developer Preview) Android 16

Android 16 secara dalaman adalah nama kod "Baklava".[7] Pilihan penamaan ini menandakan perlepasan daripada susunan abjad tradisional nama kod bertema pencuci mulut yang telah menjadi ciri khas versi Android terdahulu.[8] Peralihan kepada kod nama "Baklava" mencerminkan perubahan terkini oleh Google dalam pendekatan pembangunannya, terutamanya menerusi "Projek Trunk Stable" (Trunk Stable Project) yang memperkemas proses binaan sistem serta konvensyen penamaan bermula sejak Android 14.[9]

Pratonton pembangun pertama (DP1) Android 16 telah dikeluarkan pada 19 November 2024, manakala pratonton pembangun kedua pula dikeluarkan pada 18 Disember 2024. Versi beta pertama telah dilancarkan pada 23 Januari 2025, diikuti dengan beta kedua sejurus selepas itu pada 13 Februari 2025. Pelepasan beta ketiga pada 13 Mac 2025 menandakan pencapaian penting bagi Kestabilan Platform (Platform Stability) sistem tersebut.[10] Versi beta keempat dan terakhir bagi Android 16 yang dijadualkan telah dikeluarkan pada 17 April 2025.[11]

Android 16 dibina berasaskan kernel Linux versi 6.12, walaupun sesetengah peranti masih menggunakan versi terdahulu yang mendasarinya (termasuk versi 6.1 dan 6.6 pada kebanyakan peranti Google Pixel).

  1. "The wait is over: Android 16 QPR1's source code is now available on AOSP". Android Authority (dalam bahasa Inggeris). 2025-11-11.
  2. "Android 16.0.0 release 4". Google Git.
  3. Weatherbed, Jess (2024-11-19). "Android 16 is now available for early testers". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2024. Dicapai pada 2024-11-20.
  4. "The First Beta of Android 16". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 24, 2025. Dicapai pada 2025-01-24.
  5. "Android 16 is out, complete with live notification updates and new camera features". Engadget (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-10. Diarkibkan daripada yang asal pada June 10, 2025. Dicapai pada 2025-06-10.
  6. "Mobile and Tablet Android version Market Share Worldwide". StatCounter Global Stats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-06.
  7. "Android 16: Confirmed features, codename, leaks, release date, and everything else we know so far". Android Authority (dalam bahasa Inggeris). 2024-11-19. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2024. Dicapai pada 2024-11-20.
  8. "This is Android 16's codename — and it's not what you're expecting". Android Authority (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-30. Diarkibkan daripada yang asal pada May 3, 2025. Dicapai pada 2024-12-02.
  9. "How Android feature development is changing with Trunk Stable". Android Faithful (dalam bahasa Inggeris). 2024-11-15. Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2024. Dicapai pada 2024-12-02.
  10. "The Third Beta of Android 16". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2025. Dicapai pada 2025-02-14.
  11. "The Fourth Beta of Android 16". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2025. Dicapai pada 2025-04-19.