Pergi ke kandungan

Indovision

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PT MNC Sky Vision
JenisTV kabel berbayar
Negara
MotoTV Satelit Berjuta Hiburan
PemilikPT MNC Sky Vision
Tarikh pelancaran
8 Agustus 1988
Nama lama
Indovision (Lama)

Top TV

MNC Vision
Laman sesawang
https://www.indovision.tv

Indovision merupakan sebuah stesen televisyen kabel berlangganan yang diselenggarakan oleh PT MNC Sky Vision. Syarikat yang didirikan pada tanggal 8 Agustus 1988 ini mula memasarkan produk perkhidmatannya pada awal tahun 1993 dan bertanggung jawab atas pemasaran program pengelolaan serta pelayanan kepada pelanggan.

Pada mulanya Indovision menggunakan perkhidmatan Palapa C2 untuk menggunakan transponder dan sistem penyiaran serta menggunakan kabel dengan frekuensi C-Band.

Namun, kemudian dirancanglah projek pembuatan dan peluncuran satelit Indostar-1 atau yang kini lebih dikenal dengan nama "Cakerawarta-1" yang khusus menggunakan frekuensi S-Band yang lebih tahan terhadap perubahan cuaca, sesuai dengan keadaan daerah tropika pada umumnya serta memiliki jejak jangkawan (footprint) ke seluruh wilayah Indonesia. Adapun yang bertanggung mengelola dan mengoperasikan satelit tersebut adalah PT MNC Sky Vision yang didirikan pada 1988. Dengan satelit ini, dapat memberikan layanan pengagihan tayangan saluran-saluran televisyen berbayar tempatan dan luar daerah melalui Indovision yang disajikan kepada para pelanggan di Indonesia dengan menggunakan Indostar-1.

Pada tahun 1997, Indovision melakukan pembaharuan dengan mengubah isyarat penayangannya dari analog menjadi digital. Pembaharuan ini dapat meningkatkan kualiti penerimaan gambar mahupun suara bagi pelanggannya.

Perkakasan

[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa perkakasan yang diperlukan pelanggan untuk menonton saluran TV yang terdapat di Indovision.

  • TV Satelit Berjuta Hiburan (2026-kini)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]